Thursday 9 August 2018

Kasih Sayang Allah SWT


Berkasih Sayang Di Dunia Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Kunaungi mereka, dimana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku." (HR Muslim No: 4655). Status: Hadith Saheh.

Pengajaran:

1. Setiap kita akan bertemu Allah pada hari akhirat untuk menerima balasan diatas segala amal yang dilakukan semasa di dunia.

2. Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan Padang Mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah.

3. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di Padang Mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.

Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan dihari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini.

Selasa
28 Zulkaedah 1439

Tuesday 22 May 2018

Kisah Yang Mengetuk Hati dan Jiwa


Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah saw. Pengemis itu berkata : " Saya  pengemis ingin minta sedekah Ya Rasulullah. " Rasulullah saw bersabda : " Wahai Aisyah, berikan BAJU itu kepada pengemis itu ". Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi saw. Dengan hati yang sangat gembira, maka pengemis itu pun menerima pemberian beliau dan langsung beredar pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar :

" Siapa yg mau membeli baju Rasulullah? " Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membeli dengan harga berapa pun yang di minta dan dia berkata kepada budaknya : Jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu aku MERDEKAKAN.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian di serahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi. Alangkah gembiranya si buta tersebut, dengan
memegang baju Rasulullah saw yang dia dapat. Orang buta tesebut kemudian berdoa dan berkata :

" Yaa...Rabb! dengan HAK RASULULLAH  SAW dan dengan BERKAT BAJU YANG SUCI ini, maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATAN KU ".
SubhanAllah................
dengan izin Allah swt spontan juga si buta tersebut dapat melihat kembali matanya. Maka keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah saw dengan penuh gembira dan berkata :

" Yaa Rasulullah...........! pandangan ku sudah kembali seperti sediakala, aku kembalikan bajumu sebagai hadiah dariku ". Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah saw pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah saw bersabda kepada Sayyidah Aisyah :

" Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDAQOH telah mengkayakan orang yang miskin, menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita semula ".

SubhanAllah....................!

Al-Imam As-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala  SEDAQOH itu ada 5 macam :

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

" Sesungguhnya pahala bersedaqoh itu ada lima (5) kategori : "

1. Satu dibalas sepuluh, iaitu bersedaqoh kepada orang yang sihat jasmani.

2. Satu di balas sembilan puluh, iaitu bersedaqoh terhadap orang buta, orang cacat (tertimpa musibah), termasuk anak yatim-piatu.

3. Satu di balas sembilan ratus, iaitu bersedaqoh kepada kerabat kaum keluarga serta saudara-mara.

4. Satu di balas seratus ribu, iaitu sedaqoh kepada kedua orang tua.

5. Satu di balas sembilan ratus ribu, iaitu bersedaqoh kepada orang yang 'alim (Ahli fiqh/fekah).

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah swt memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedaqoh dengan ikhlas. Aamiin......Yaa Rabbal'Alamiiin.

Habib Ali Zeinal Abidin Al-Jufri.

Sunday 25 June 2017

Ilmu Yang Bermanfaat

Imam Junaid al-Baghdadi rahimahullahu ta'ala berkata :

"ILMU yang bermanfaat ialah ILMU yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawadhuk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara', memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan..."

Tuesday 20 June 2017

Hati Yang Dicemari

Cuba bayangkan kita cedok secawan air tasik. Nampak tak berkurang langsung kan?

Sebab secawan tu kecik. Hatta sebaldi air kita ambik pun, tasik tu nampak biasa saja. Tak terasa kurangnya.

Tapi hakikatnya, air tasik tu kurang secawan. Kurang sebaldi.

The same goes bila kita tuang secawan air dalam tasik. Nampak bertambah x? Tapi hakikatnya air dia lebih secawan dari sebelumnya.

Hati kita macam tulah.

Bila kita buat dosa, kita tak nampak apa-apa. Tapi sebenarnya satu titik hitam dah lekat dalam hati. Kita tak rasa apa-apa. Sebab dia kecik je.

Dan, kalau kita istighfar, kita tak rasa apa-apa. Tapi sebenarnya satu titik hitam dah hilang!

Jadi, teruskan ‘mencedok’ keluar dosa dari hati kita. Kita mungkin tak nampak significance of istighfar. Tapi sebenarnya kita hapuskan titik hitam dalam hati kita.

Hati kita selalu dicemari titik-titik hitam oleh dosa yang kita buat.

Justeru, kerja pembersihan kena buat selalu.

Jom istighfar
استغفر الله العظيم

Dimana Allah SWT Menempatkanmu??


Jika engkau ingin tau kedudukanmu disisi Allah swt, maka lihatlah dimana Allah swt menempatkanmu.

Jika Allah swt menyibukkan dirimu dengan berdzikir, ketahuilah sesungguhnya Allah swt ingin menyebut namamu.

Jika Allah swt menyibukkan dirimu dengan membaca Al qur'an, ketahuilah bahwasannya Allah swt ingin berbicara denganmu.

Jika Allah swt menyibukkan dirimu dengan ketaatan, ketahuilah bahwasannya Allah swt ingin mendekatkanmu.

Jika Allah swt menyibukkan dirimu dengan urusan dunia, ketahuilah Allah swt ingin menjauhkanmu darinya.

Jika Allah swt menyibukkan dirimu dengan manusia, sesungguhnya Allah swt ingin menghinakanmu.

Jika Allah swt menyibukkan dirimu dengan berdo'a, ketahuilah Allah swt ingn memberikan anugerahnya kepadamu.

Maka lihatlah keadaanmu, tersibukkan dengan apa dirimu .....

Monday 12 June 2017

Ramadhan Bulan KEAMPUNAN

Setiap manusia tidak lari dari sebarang dosa & kesalahan. Samada kecil@ besar...sengaja@ tidak.

Sebaik-baik mereka yang berdosa ialah mereka yang BERTAUBAT & memohon keampunan dari Allah Ta'ala.

AYUH !!! perbanyakkan ISTIGHFAR kpd Allah serta BERSANGKA BAIK yang Allah akan menerima taubat serta mengampunkan segala dosa-dosa kita.

"SELAMAT BERPUASA.."

Mutiara Ramadhan 1438H


Alhamdulillah kita telah selesai puasa hari yang ke 17.

Ayuh kita buat sedikit muhasabah@checklist agar ibadat puasa yang mendatang lebih baik dari semalam.

Adakah semalam kita BERSAHUR? BERTADARUS @ MEMBACA AL QURAN? SOLAT TERAWIKH? MEMBAZIR KETIKA BERBUKA? JAGA MATA & MULUT?

Muhasabahlah...moga Ibadah puasa hari ini LEBIH BAIK dari semalam.

SELAMAT BERPUASA..