About Me

Monday, 30 May 2016

KATA-KATA HIKMAH

Dari Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid pilihan hati.

" Orang yang niat untuk berbuat baik tapi esoknya tak jadi buat, Allah catat satu pahala baginya.

Kalau orang yang niat untuk membuat jahat tapi esoknya tak jadi buat, Allah akan catatkan satu pahala, kerana meninggalkan perbuatan tercela itu.."

" Carilah hikmah dalam segenap perkara yang kita kerjakan. Hanya dengan itu, diri kita akan tersenyum dan terus tersenyum, meskipun kita diuji dengan ujian yang tidak pernah dipikul oleh sesiapa pun di dunia ini..."

"Jika kita sabar dan bertaqwa pasti diberikan kemenangan oleh Allah swt. Kerana kemenangan ialah dari Allah swt bukannya kerana kekuatan senjata dan bilangan tentera yang ramai.."

JIka kamu tahu apa yang Allah beri disebalik masalah yang dihadapi. Nescaya, kamu akan berharap supaya hidup ini bermasalah sahaja kerana yang disimpan oleh Allah adalah lebih baik dari apa yang diberi.."

No comments:

Post a Comment