Saturday 14 May 2016

Tafakur Hati_ Syirik Hati Yang Tersembunyi!

_Dalam hidup kita...._ Bila *ALLAH* _sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.._ *Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* _berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.._ Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* _bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.._ Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* _bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.._ Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* _kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.._ Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* _keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.._ Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* _masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.._ Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* _bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.._ Kita tak nampak *ALLAH*

_Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.._

_Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat_ *ALLAH* _dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.._ Datang dari *ALLAH* hidup untuk *ALLAH* dan balik kepada *ALLAH*. _Semoga ruh para rasul, nabi, tabien, syuhada, para pejuang agama, ulama, saudara mara, sahabat handai kita yang telah pulang kepada_ *ALLAH* dicucuri rahmat.. Kita PASTI menyusul..

Salam Ukhwah kerana *ALLAH*

*Semoga ada kebaikan dan manafaat untuk semua, In Shaa ALLAH*

No comments:

Post a Comment