Tuesday, 20 June 2017

Hati Yang Dicemari

Cuba bayangkan kita cedok secawan air tasik. Nampak tak berkurang langsung kan?

Sebab secawan tu kecik. Hatta sebaldi air kita ambik pun, tasik tu nampak biasa saja. Tak terasa kurangnya.

Tapi hakikatnya, air tasik tu kurang secawan. Kurang sebaldi.

The same goes bila kita tuang secawan air dalam tasik. Nampak bertambah x? Tapi hakikatnya air dia lebih secawan dari sebelumnya.

Hati kita macam tulah.

Bila kita buat dosa, kita tak nampak apa-apa. Tapi sebenarnya satu titik hitam dah lekat dalam hati. Kita tak rasa apa-apa. Sebab dia kecik je.

Dan, kalau kita istighfar, kita tak rasa apa-apa. Tapi sebenarnya satu titik hitam dah hilang!

Jadi, teruskan ‘mencedok’ keluar dosa dari hati kita. Kita mungkin tak nampak significance of istighfar. Tapi sebenarnya kita hapuskan titik hitam dalam hati kita.

Hati kita selalu dicemari titik-titik hitam oleh dosa yang kita buat.

Justeru, kerja pembersihan kena buat selalu.

Jom istighfar
استغفر الله العظيم

No comments:

Post a Comment