Thursday 9 August 2018

Kasih Sayang Allah SWT


Berkasih Sayang Di Dunia Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Kunaungi mereka, dimana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku." (HR Muslim No: 4655). Status: Hadith Saheh.

Pengajaran:

1. Setiap kita akan bertemu Allah pada hari akhirat untuk menerima balasan diatas segala amal yang dilakukan semasa di dunia.

2. Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan Padang Mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah.

3. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di Padang Mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.

Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan dihari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini.

Selasa
28 Zulkaedah 1439

Tuesday 22 May 2018

Kisah Yang Mengetuk Hati dan Jiwa


Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah saw. Pengemis itu berkata : " Saya  pengemis ingin minta sedekah Ya Rasulullah. " Rasulullah saw bersabda : " Wahai Aisyah, berikan BAJU itu kepada pengemis itu ". Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi saw. Dengan hati yang sangat gembira, maka pengemis itu pun menerima pemberian beliau dan langsung beredar pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar :

" Siapa yg mau membeli baju Rasulullah? " Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membeli dengan harga berapa pun yang di minta dan dia berkata kepada budaknya : Jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu aku MERDEKAKAN.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian di serahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi. Alangkah gembiranya si buta tersebut, dengan
memegang baju Rasulullah saw yang dia dapat. Orang buta tesebut kemudian berdoa dan berkata :

" Yaa...Rabb! dengan HAK RASULULLAH  SAW dan dengan BERKAT BAJU YANG SUCI ini, maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATAN KU ".
SubhanAllah................
dengan izin Allah swt spontan juga si buta tersebut dapat melihat kembali matanya. Maka keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah saw dengan penuh gembira dan berkata :

" Yaa Rasulullah...........! pandangan ku sudah kembali seperti sediakala, aku kembalikan bajumu sebagai hadiah dariku ". Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah saw pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah saw bersabda kepada Sayyidah Aisyah :

" Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDAQOH telah mengkayakan orang yang miskin, menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita semula ".

SubhanAllah....................!

Al-Imam As-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala  SEDAQOH itu ada 5 macam :

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

" Sesungguhnya pahala bersedaqoh itu ada lima (5) kategori : "

1. Satu dibalas sepuluh, iaitu bersedaqoh kepada orang yang sihat jasmani.

2. Satu di balas sembilan puluh, iaitu bersedaqoh terhadap orang buta, orang cacat (tertimpa musibah), termasuk anak yatim-piatu.

3. Satu di balas sembilan ratus, iaitu bersedaqoh kepada kerabat kaum keluarga serta saudara-mara.

4. Satu di balas seratus ribu, iaitu sedaqoh kepada kedua orang tua.

5. Satu di balas sembilan ratus ribu, iaitu bersedaqoh kepada orang yang 'alim (Ahli fiqh/fekah).

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah swt memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedaqoh dengan ikhlas. Aamiin......Yaa Rabbal'Alamiiin.

Habib Ali Zeinal Abidin Al-Jufri.